Jumaat, 18 April 2014

Diganggu Makhluk ‘Berjalan’ Mengundur

Seram! Lelaki Koma Diganggu Makhluk ‘Berjalan’ Mengundur



Sekadar Gambar Hiasan

Minggu ini Yunus bercadang pulang ke kampung. Emaknya bising-bising kerana sudah enam bulan dia tidak balik menjenguk orang tuanya. Bukan sengaja mencari alasan tetapi kesibukan kerja membuatkan dia tidak berkesempatan. Lagipun setakat cuti hujung minggu mahu balik ke pantai timur, tidak berbaloi dengan penatnya. Dia becadang mengambil cuti dua hari tambahan, bolehlah dia bermanja-manja dengan ibunya nanti.
Semenjak arwah bapanya meninggal, dia menjadi tempat ibunya mencurah rasa. Tambahan pula, dia satu-satunya anak lelaki tunggal lelaki dari lima beradik. Dua kakaknya tinggak berdekatan kampung, sudah berkeluarga. Ada juga ibunya usulkan agar yunus pulang saja ke kampung dan berkerja di sana tetapi bagi anak muda ini, dia lebih sukakan kehidupan di kota. Serba serbi lengkap malah agar sukar untuk dia pulang ka kampung kerana kekasihnya Rina anak kelahiran kota yang cantik molek itu, tentu akan terlepas ke tangan orang lain seandainya dia berpindah ke kampung.
Mulanya Yunus bercadang untuk mengajak teman serumahnya, Rosman balik bersamanya. Asalnya kawannya itu bersetuju tetapi disaat akhir, Rosman ada kerja yang perlu disiapkan. Tinggallah Yunus memandu seorang diri. Dia keberatan pulang sendirian tetapi memikirkan sudah berjanji dengan ibunya, dia teruskan juga perjalanan. Yunus lebih senang memilih perjalanan dimalam hari, tidaklah terlau panas, tambahan pula dia seorang diri. Boleh juga layan mengantuk dengan memasang lagu sekuat hati.
Sejam dua perjalanan, Yunus masih melayan lagu sekuat hatinya. Dia sengaja menyanyi mengikut rentak lagu. Tambahan pula, lagu-lagu sentimental rock membangkitkan rasa cintanya pada Rina. “Nasib badan, ada kawan saat akhir, tarik diri pula,” keluhnya dalam hati. Sesekali, Yunus akan berselisih dengan bas express. Malah ada ketikanya bus express dipandu lebih laju dari kelajuan keretanya. “Tak sayang nyawa orang langsung,” rungutnya di dalam hati. Yunus akui ada kalanya orang memandu ikut perasan bukannya ikut peraturan. Andai bertembung dengan kenderaan lain, pasti akan meragut begitu banyak nyawa.
Perjalanan tetap diteruskan tetapi entah bagaimana kali ini hatinya cukup berdebar-debar, seolah-olah ada sesuatu akan terjadi. Benarlah dugaannya. Sesaat tadi sebuah kereta mewah memotongnya dalam kelajuan dan di hadapannya kini, kereta tadi telah terbabas melanggar tebing jalan. Segera dia memberhentikan keretanya membantu, takut-takut jika pemandunya mengalami kecederaan parah. “Saya ok, tak perasan selekoh tajam tadi, terbabas sikit,” kata pemandu berbangsa cina itu.
Setelah memastikan semuanya selamat, Yunus meneruskan perjalanannya. Malah dia jarang-jarang berselisih dengan kendenraan lain, mungkin sudah larut malam. Sesampainya dia di kawasan Bukit Tujuh, Merapoh, sempadan Kuala Lipis-Gua Musang, debaran dadanya makin memuncak. Kali ini tidak semena-mena hatinya berdebar-debar, semakin lama semakin kuat. Segera Yunus terbayangkan seseuatu. Dia tahu, dari cerita yang disampaikan orang, kawasan Bukit Tujuh ini keras malah ramai yang pernah diganggu. Ada yang terserempak orang berlalu mengundur ke belakang ditengah malam, kehadiran puteri tujuh yang dikatkan dengan mitos di kawasan itu. “Simpang malaikat 44,” demikian minta Yunus.
Anak muda ini terus memandu dalan kelajuan sederhana. Dia terus memasang lagu lebih kuat. Bukan untuk mendengar tetapi lebih kepada untuk ‘memadamkan’ resah dan debaran di dadanya sendiri. Sedang dia memandu, dia melihat kelibat seseorang berlari mengundur ke belakang. Semakin lama semakin menghampiri keretanya. Yunus panik dan terus memecut laju keretanya. Dia ketakutan yang amat sangat. Malah kalau boleh dia mahu segera keluar dari kawasan yang menyeramkan ini. Makin lama dia memecut, kelibat makhluk yang lari mengundur ke belakang itu semakin menghampirinya. Dalam ketakutan yang amat sangat, Yunus gagal mengawal keretanya lalu terbabas melanggar tebing.
“Yunus, bangun nak,” sayup-sayup dia terdengar suara ibunya. Saat itu barulah dia menyedari dirinya di hospital dan dia telah pengsan selama dua hari. Keretanya rosak teruk dan kaki kanannya patah. Bagi yunus, pengalaman disakat hantu mengundur ke belakang mamang menakutkan. Malah dia agak serik untuk memandu pulang seorang diri lagi. Kalau boleh biarlah berteman.

Sumber : Misteriousgrapersz

 Lagi Kisah Seram: Ghost Stories Club 

1 ulasan:

  1. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam