Isnin, 7 Oktober 2013

Ratu Bunian-Puteri Gunung Ledang

Pengalaman Pengembara menemui Puteri Gunung Ledang (Ratu Bunian)
Gunung Ledang Penuh Misteri

Sejauh mana anda percaya kewujudan makhluk yang bernama BUNIAN di alammaya ini, tertakluk kepada pengalaman, cerita dan pembacaan anda. Di bawah ini saya paparkan sedutan dari satu artikel panjang mengenai pengalaman seorang insan mengembara mencari kebenaran.  Realitinya terlalu banyak rahsia alam yang kita tidak ketahui dan kisah sebegini semakin lenyap ditelan masa terutama apabila manusia sudah meminggirkan kepercayaan terhadap unsur ghaib.  Masih ingatkah filem dan lagu seniman P. Ramlee "Puteri Bunian"?

Cerita di bawah ini akan memberikan satu suntikan kesedaran bahawa makhluk ghaib ini masih lagi wujud dan hidup bersama-sama manusia di alam mereka sendiri di atas muka bumi ini. Kita tidak menyedarii kehadiran mereka disekeliling kita. Silakan terus membaca:
Sejak zaman Nabi Allah Sulaiman alaihissalam lagi cerita ini telah didengar iaitu Isterinya yang bernama Ratu Balqis. Ratu Balkis adalah merupakan kacukan antara bapanya seorang Manusia dan ibunya adalah golongan Jin. Banyak tempat pula di seluruh Malaysia ini ada perkampungan Bunian dari cerita-cerita rakyat, malahan dibelakang rumah saya di kampung dahulu pun ada perkampungan Bunian.
Saya semasa kecil selalu bermain-main diperkampungan mereka dan sampai sekarang saya masih ingat nama-nama rakan-rakan sepermaainan saya itu. Malah saya juga sentiasa diikuti oleh 3 orang Puteri Bunian kemana saja saya pergi dulu. Mereka nak kawin dengan saya tapi atok saya larang sebab katanya mereka itu menyusahkan hidup manusia sahaja. Atok saya cakap mereka itu umurnya dah berpuluh ribu tahun, dah tersangat tua tapi yang hairannya mereka nampak sebaya je dengan saya. 
Saya tak ada apa-apa niat pun pada mereka. Malah saya tak tahu apa itu kawin, jadi saya buat tak tahu saja lah. Tapi bila saya merantau, mereka pun hilang entah kemana. Tak dapat dikesan sampai sekarang.
Sebenarnya orang kampung selalu minta saya tolong dapatkan barang-barang di alam Bunian itu. Tapi saya buat tak reti je, malas nak layan orang tua-tua tu sebab minta barang yang bukan-bukan. Saya pun tak faham kenapa mereka beria-ia benar untuk mendapatkan barang-barang di alam Bunian itu. Ketua Kerajaannya adalah seorang Ratu, seorang perempuan. Anak-anak dialah yang suka ikut saya. Ratu ini juga baik dengan ibu saya. Mereka selalu berbual-bual, tak tahu pula saya apa yang dibualkan mereka. Mereka ini pun selalu juga bertandang ke rumah saya. Terutama bila Hari Raya Puasa, sungguh meriah di dalam perkampungan mereka. Tapi kami saja yang nampak, kawan-kawan manusia yang mengaji Qur’an dengan saya nak sangat tengok tapi mereka tak nampak. Bila mereka ajuk saya, mereka kena ketuk dengan kayu oleh budak-budak Bunian tu. Itu sebab mereka tak berani main-main dengan saya.
Menurut Abang Hassan yang tinggal di Hulu Langat Selangor, mereka ni pun berpuak-puak juga. Mereka mempunyai bahasa mereka dan kerajaan mereka tersendiri. Sewaktu saya mengunjungi rumahnya terdapat satu rumah kosong dibelakang rumahnya. Apabila saya kata saya nampak rumah tu dia terus menganjak saya memasuki rumah itu. Rupa-rupa nya dia telah berkahwin dengan seorang Puteri Bunian berketurunan Sabt, beliau fasih berbahasa Sabt dan mempunyai 6 orang anak. Keturunan ini semuanya beragama Islam, Dia kata tiada seorang pun yang tahu dia ada isteri Bunian. Di dalam rumah itu terdapat sebuah Singgahsana yang diperbuat dari tembaga kuning semuanya siap dengan kelengkapan bantal-bantal dari baldu emas serta meriam naganya sekali, semua kelengkapan Istana, Tombak-tombak, Panji-panji dan semua kainnya dari kain cindai buatan tangan. Bau di dalam ruang rumah itu sangat harum, semua pengasuhnya dan hulubalangnya terdiri dari Bunian yang jumlahnya agak ramai juga.
Rupa-rupanya dibelakang rumah usang itu ada rahsia besar kawasan Kerajaan Bunian Kaum Sabt yang tidak diketahui umum. Yang menjadi hairan, kenapa mereka boleh menerima dan melayan saya dengan istiadat istemewa mereka? Rupa-rupa ia ada kaitan dengan kisah silam saya semasa dikampung. Mereka kenal akan rakan-rakan Bunian saya dan orang yang pernah tinggal berjiran dengan kaum seperti mereka dari kaum Thyu. Ia seperti telah ada tanda pada kita yang mereka kenal. Barulah hari itu saya tahu bahawa Bunian yang tinggal dibelakang rumah saya dahulu semasa dikampung ialah dari kaum Thyu. Kaum Bunian Sabt dan Thyu adalah bersaudara dan mereka semuanya Islam.
Oleh itu kemana pun saya pergi mereka akan kenal dari tanda yang mereka beri pada saya, walaupun dari puak-puak lain kaum Bunian ini. Abang Hassan pun menyatakan hasrat Ratu mereka supaya saya juga dapat menerima adik iparnya sebagai isteri saya, tetapi saya tolak kerana masih ingat pesan Atok saya supaya tidak berkahwin dengan mereka kerana ia akan menyusahkan saya. Keputusan itu mereka terima dengan agak suram tetapi terpaksa menerimanya juga kerana ketegasan saya sendiri. Begitulah cerita mengenai Abang Hassan.
keindahan Gunung Ledang 
Dilain ketika, saya telah membuat ekspedisi sendiri ke Gunung Ledang untuk menyusuri kebenaran akan cerita Lagenda Melayu Lama berkenaan Puteri Gunung Ledang disitu. Sayang sekali National Geography tidak dapat mengikuti serta, kalau tak tentu dapat tangkap gambar dan boleh buat program TV (gurau saja). Setelah beberapa hari disana maka nampaklah pintu untuk masuk ke Alam Bunian itu, saya pun masuk dan didapati sebuah Kerajaan Bunian yang sangat besar dan luas disitu. Dari atas puncak Gunung itu dapat di lihat bak kata melayu lama, “sayup, saujana mata memandang” akan luasnya kerajaan Bunian tersebut. Ia sangat cantik dan tersusun, pemandangannya juga turut memukau mata. Rumah-rumah mereka dibina tersusun dilereng-lereng gunung seperti verinda-verinda (beranda-beranda) diperbuat daripada kayu bulat dan dilengkapi dengan atap dari jerami halus di ikat rapi.
Ia langsung jauh berbeza dari mitos cerita Melayu Lama di dalam filem atau pun yang diceritakan buku-buku hikayat lama. Ia jauh lebih indah daripada itu. Kemudian Nenek Kebayan keluar dari lubang gua yang bercahaya dengan wajah yang sangat tua terbongkok-bongkok bertongkatkan kayu cemeti berbuku-buku dan bengkang-bengkok. Dia bertanya akan hajat hamba, hamba katakan hendak bertemu dengan Puteri Gunung Ledang.
Dengan tak semena-mena dia bertukar menjadi seperti seorang puteri yang sangat jelita. Hamba terus bertanya adakah dia itu Puteri Gunong Ledang, Ya! Jawabnya pendek. Jadi tuan Puterilah yang dipinang oleh Sultan Melaka untuk dijadikan Pemaisurinya? Ya! Sambungnya lagi. Kenapa Tuanku menolak akan pinangan tersebut? Tanya hamba lagi. Dia tidak layak, katanya. Siapa yang tuan Puteri kata tidak layak, tuan Puteri kah atau Sultan kah? Tanya hamba. Dia hanya tersenyum dan ketawa kecil dan melangkah masuk, kemudian menoleh semula kepada hamba seraya berkata, diluar sana ada sebuah kenderaan. Jika tuan hamba hendak pulang gunakan kenderaan itu, disitu juga ada hadiah untuk tuan hamba, katanya sambil menunjuk pintu keluar istananya. Terima Kasih tuan Puteri, tetapi sebelum hamba melangkah pergi, bolehkah hamba melihat-lihat kawasan Kerajaan Tuanku ini? Hamba memohon. Dia hanya mengangguk-anggukkan kepalanya dan berlalu pergi.
Saya pun keluar dari ruangan itu menuju ke verindanya, dari situ dapat ditinjau seluruh kerajaan itu dari kiri kekanan, dari atas hingga kebawahnya dengan penuh menakjubkan sekali. Tidak pernah terbayang dan terfikir adanya kerajaan seumpama itu di Maya Pada ini. Setelah melihat-lihat seluruh kawasan itu, saya pun melangkah ke pintu keluarnya yang terdapat sebuah pedati kuno, (seperti di dalam cerita orang Rom) dihadapan pedati itu terletak 2 buah tempayan tembaga kuning bertutup rapat. Alangkah terperanjatnya saya bila saja meletakkan kaki diatas pedati itu, dengan tiba-tiba ia ditarek terbang oleh seekor burung purba zaman Jurasik, melayang ke udara mengelilingi Kerajaan Bunian dan melihat mereka melambai-lambaikan tangan dari setiap Verinda-verinda rumah mereka dikiri dan kanan lereng gunung itu. Saya diterbangkan ke Johor Baharu tepat ke halaman rumah saya. Macam mana burung ni tahu rumah saya? Bisik hati saya. Saya turun dan menarik tempayan-tempayan tembaga itu turun. Serta bingkas burung itu juga terbang semula ke udara dan hilang dari pandangan.
Saya bawa tempayan itu masuk ke dalam rumah, kemudian membersehkan badan untuk solat subuh. Selepas berehat saya pun teringatkan tempayan-tempayan itu. Bila dibuka saja penutupnya, kelihatan terdapat ketulan-ketulan emas di dalam satu tempayan dan batu-batu permata di dalam tempayan yang satu lagi. Kemudian saya tutup semula dan pergi membuat kerja saya. Selang seminggu saya buka sekali lagi tempayan itu dan mendapati kedua-dua isi tempayan itu telah bertukar menjadi batu-batu hitam yang tidak berharga. lantas saya katakan "Kalau dah Jin tu, Jin jugalah namanya.” Telah saya jangka pekara ini akan berlaku.

Bagaimana sekarang, adakah anda masih lagi tidak percaya kewujudan mereka setelah membaca kisah ini?
 
 

48 ulasan:

  1. menarik ...kalau betul penulis mengalaminya..untunglah..ada pengalaman lain dari yang lain.tapi kalau pk logik biasa macam katun pon ada..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sangat bersyukur telah menemukan blok MBAH RAWA GUMPALA dan ternyata apa yang tertulis di dalam blok MBAH,semua itu meman benar-benar terbukti dan salah satunya saya sudah telah membuktikannya sendiri,saya sangat berterimah kasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan pesugihan dana ghaibnya,atas bantuan ini kini aku sudah bankit lagi dan usaha yang dulunya bankrut kini bisa berjalan kembali,berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA kini kehidupan kami sudah jauh lebih baik dari pada sebelumnya,saya tidak pernah menyangka kalau saya bisa sesukses ini dan kami sekeluarga tidak akan pernah melupakan budibaik mbah,pesugihan ini adalah pesugihan resmih dan pesugihan ini banyak pilihan misalnya dana ghaib tuyul minyan penarik uabg balik
      Bagi anda yang ingin dibantu sama MBAH RAWA GUMPALA silahkan hubungi MBAH di 085-316-106-111 dan
      pesugihan ini tanpa resiko apapun dan untuk lebih jelasnya buka saja blok mbah

      Padam
    2. Aku nk tnya satu je... weed ape yg penulis layan smpai mcm ni sekali? power gile. share2 la

      Padam
  2. mcm tipu ja,bukankah bunian itu pahlawan,dan mcm mna blh berkawan dengan org BUNIAN

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak tahu la plk.btl keee

      Padam
  3. Macam cerita lord of the ring pulak..pembohong..

    BalasPadam
  4. Bertuah penulis jika cerita ini benar

    BalasPadam
  5. bunian ada dua kelompok..islam dan bukan islam..kalau tuan hamba bekawan dengan yang islam, bagaimana pula mereka hendak berbohong..persoalannya, adakah puteri gunung ledang itu tidak islam..setahu hamba, bunian tetap akan bernikah dengan manusia jika itu keinginan mereka

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya mmg bunian ada islam dan x islam...stahusya pl, bunian islam akn minta kebenaran dahulu untuk berkahwin atau nak ambik ank manusia, sbb kg sya pun ada juga bdak ppuan yg nak diambik jd ank angkat bunian, tp keluarga budak ppuan tu x izinkan jadi mereka hnya dtg melawat shja si budak ppuan tu....

      Padam
  6. macam penipu je ,macam pembohong pun ade tapi kalau betul nasiblah

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum..hehehe..ye la tu..

    BalasPadam
  8. Kewujudan pgl adalah benar..tetapi beliau bkn bunian..beliau juga manusia biasa yg dlahirkn dri daerah bintoro,indonesia..beliau beragama islam..

    #utk pgtahuan korg..bunian 100% adlh islam..dan bunian adlh jin yg taat kpd Allah saw...

    BalasPadam
  9. Balasan
    1. kan...kan...tapi kalau betul mcm mna

      Padam
  10. kalau rakan nak tahu.. bunian itu wujud.. bunian itu adalah jin islam.. tapi bunian itu beragama islam.. bunian itu tiada yang bukan islam.. jin itu ada dua.. islam dan kafir.. sama juga macam manusia biasa.. tapi bunian itu dari cahaya.. bunian itu cuma lambat 1abad dgn kite.. wujud bunian itu memang betul.. klau di pandang dengan mata kasar memang tidak nmapak.. klau korang masih tidak percaya juga.. korg cuba bersih kan diri dan buka belajar buka hijap.. naty smua yg halus korg boleh nampak.. klau korang nak tahu.. bunian tuh mana2 pon ada cuma korang tak tahu je.. bunian tuh, boley menjelma jadi manusia biasa siap boley berkejer sama dengan kite cuma sedar tak sedar je kite..

    BalasPadam
  11. btul ke . jumpa bunian . mcm mna nk bkk hijab

    BalasPadam
  12. Jampinya gini cik..zamzam marang kerapu 1mdb

    BalasPadam
  13. Wujud ke bunian?! Kan dlm Al quran xda sebut kan?! Jin kot!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Org melayu je sebut bunian utk rujuk kpd jin islam

      Padam
    2. Org melayu je sebut bunian utk rujuk kpd jin islam

      Padam
  14. Assalamualaikum, Dalam al-quran x ada bunian.. yg ada hanya, iblis,malaikat,manusia dan jin, tapi apa yg terhijap dari pikiran kita dan x boleh nk jangka apa yg allah rancang.. saya bersangka baik pada penulis, jin + manusia =bunian(ada islam dan kafir).. saya percaya penulis benar melalui pengalaman tersebut tp bukan melalui alam nyata. Ada juga yg penulis tidak cerita dgn jelas dan tepakasa di rahsiakan takut komen negative,jadi setiap org ada pengalaman sendiri.. PGL wujud dan apa sahaja wujud,jika tidak manusia x kan bercerita dari zaman ke zaman, ttg harta dan kekayaan, mintalah pada allah, sbb jin ini kadang2 membuatkan kita kufur dan sesat.. tiada daya yg lebih maha hebat dan kuasa melainkan allah, sukur jika penulis mendapat keistimewaan mcm 2, tp jgnlah di angkat diri,sbb perbuatan takbur dan ujub ini boleh memalukan diri, rahsia alam ini milik allah. Musabah diri,tawadaq dan istiqomah..

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum, Dalam al-quran x ada bunian.. yg ada hanya, iblis,malaikat,manusia dan jin, tapi apa yg terhijap dari pikiran kita dan x boleh nk jangka apa yg allah rancang.. saya bersangka baik pada penulis, jin + manusia =bunian(ada islam dan kafir).. saya percaya penulis benar melalui pengalaman tersebut tp bukan melalui alam nyata. Ada juga yg penulis tidak cerita dgn jelas dan tepakasa di rahsiakan takut komen negative,jadi setiap org ada pengalaman sendiri.. PGL wujud dan apa sahaja wujud,jika tidak manusia x kan bercerita dari zaman ke zaman, ttg harta dan kekayaan, mintalah pada allah, sbb jin ini kadang2 membuatkan kita kufur dan sesat.. tiada daya yg lebih maha hebat dan kuasa melainkan allah, sukur jika penulis mendapat keistimewaan mcm 2, tp jgnlah di angkat diri,sbb perbuatan takbur dan ujub ini boleh memalukan diri, rahsia alam ini milik allah. Musabah diri,tawadaq dan istiqomah..

    BalasPadam
  16. jikalau betul cerita penulis bertape untung nya penulis.

    BalasPadam
  17. yang membuat saya terfikir akan moral cerita ini adalah pada bab terakhir bila ketulan emas, permata dan sebagainya bertukat menjadi batu hitam. terfikir pula, kenapa makhluk ghaib yang di katakan Islam boleh buat begini? Islam agama sepanjang zaman dan sepanjang masa yang isi pelajarannya kita semua ketahui. Tidak ada beza Islam di alam nyata dan Islam di alam ghaib. Jadi kenapa nak tukar jadi ketulan batu?

    beginikah pemikiran Islam? so kekadang tertanya, adakah penulis di tipu oleh entiti bukan Islam?

    BalasPadam
  18. PGL bukan jin@bunian. Telah lama mangkat. Nama asal raden dgumilah anakanda raden patah. Cucunda sunan AMPEL. Hati2 dgn jin yg menyamar,@golongan qorin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puteri raja kerajaan Demak kn?apa tujuan puteri raja tu ddk digunung?

      Padam
    2. Aku tengok filem , puteri tu asal Majapahit.
      Betul atau tak wallahhualam

      Padam
  19. Kewujudan bunian (jin islam) mmg benar..jika kite menolak kewujudan mereka,maka kita juga menolak isi kandungan Al Quran..Allah tutup hijap antara manusia & jin disebabkan rupa mereka xsanggup kite lihat..nisbah manusia & jin adalah 1:9..mereka trlalu ramai disebabkan kewujudan mereka dibumi sblm ayh kita nabi adam dicipta..sy ade sepupu belah wife yg bleh brhubung terus dgn bunian..dia ckp mmg cantik jelmaannya,kalah manusia tp sygnye cantik hnye jelmaan..hakikatnya Allah shj yg tahu..mmg wujud ratu & puteri bunian..dia siap ckp,ade 1 puteri bunian yg selalu mendampingi sejak dri kecil..& sy mohon kpd sepupu sy spy puteri tu berpisah shj sbb cinta sy hnya utk cucu cicit nabi adam,bukan keturunan dari Azazil

    BalasPadam
  20. Kewujudan bunian (jin islam) mmg benar..jika kite menolak kewujudan mereka,maka kita juga menolak isi kandungan Al Quran..Allah tutup hijap antara manusia & jin disebabkan rupa mereka xsanggup kite lihat..nisbah manusia & jin adalah 1:9..mereka trlalu ramai disebabkan kewujudan mereka dibumi sblm ayh kita nabi adam dicipta..sy ade sepupu belah wife yg bleh brhubung terus dgn bunian..dia ckp mmg cantik jelmaannya,kalah manusia tp sygnye cantik hnye jelmaan..hakikatnya Allah shj yg tahu..mmg wujud ratu & puteri bunian..dia siap ckp,ade 1 puteri bunian yg selalu mendampingi sejak dri kecil..& sy mohon kpd sepupu sy spy puteri tu berpisah shj sbb cinta sy hnya utk cucu cicit nabi adam,bukan keturunan dari Azazil

    BalasPadam
  21. Den cayo tu jang. Kalau Allah tu nak tunjuk. Tiada yang mustahil bagi nya. Sebab aku pernah alami. Hanya Allah s.w.t. je yang maha mengetahui. Kalau nak cerita panjang dalam postext ni maun deh makan satu hari jang. Pengalaman bohhh:)

    BalasPadam
  22. cerita penulis ni memang betol. aku salah sorang bunian yg jadi saksi. aku la bunian yg panggil burung dinasour tu anto dia balik sbb menyemak je kepala. kengkawan bunian aku yg lain pun menyampah tgk dia ni. poyo sgt.

    BalasPadam
  23. Bunian dan jin adalah perkara yg sama..hanya manusia pgl dgn pelbagai nama. Mereka ada yg islam dan bukan islam.

    BalasPadam
  24. Kalau nak tipu agak agak la...tak malu ke

    BalasPadam
  25. hihihi saye malu taw time awak datang haritu. nanti datang la lagi,miss u muahs

    BalasPadam
  26. Lebih kepada tak caya je citer ko niee..dah mcm tahyul..bolehlak berwkawan ngn bunian..sembang

    BalasPadam
  27. Lebih kepada tak caya je citer ko niee..dah mcm tahyul..bolehlak berwkawan ngn bunian..sembang

    BalasPadam
  28. ASSALLAMUALAIKUM. Saya asal dari Jawa Timur dan sekarang ini tinggal di Melaka.Sudah bertahun dahulu saya memasang hajad hendak bertemu leluhur saya Putri Mayang Sari/Putri Gunung Ledang. ALHAMDULILLAHI. Pada bulan Jun 2011saya dengan_beberapa rakan naik ke Ledang. Namun ianya tidak mudah,banyak sekali pintu untuk sampai ke balairung istana dan setiap pintu di jaga oleh berbagai golongan jin bawahan dari kerajaan Putri Ledang.Ada bangsa jin kafir di situ juga.Antaranya Siluman kera dan rajanya. Raja Siluman kera ini asalnya orang jawa yang bawa untuk memuja kekayaan dan akhirnya siluman kera trsebut menetap di lereng Ledang. Singkat cerita saya bertemu dengan ghaib seorang nenek tua bertongkat baju kuNing{ nini kabayan ,tugasnya menjaga,mengawasi semua ghaib bawahan atas perintah Ratu Putri Ledang } dan nenek baju putih{Putri
    Mayang Sari atau Putri Ledang/Putri Mayang Sari akan berubah menjadi susuk putri cantik . Cantiknya mengalahkan kecantikan semua putri di seluruh Ledang},Dato.
    Laksmana Hang Tuah,
    Dato Panglima Hitam,,Dato Panglima Merah dan Dato Siti Aisyah{Zety Aktar}.
    Saya meminta ampun dan maaf kepada semua tokoh yang saya sebutkan tadi sekiranya saya menunjuk-nunjuk. Ianya saya rasa perlu di karenakan bangsa Melayu sendiri sudah melupakan leluhur mereka. Demikian kesaksian mengikut niat dan pengalaman saya ingin bertemu dengan leluhur saya Dewi/Putri Mayang Sari trah Madjapahit. Wassalamualaikum.

    BalasPadam
  29. Maaf. Peristiwa pertemuan agung kami tersebut terjadi 2016 dan dari pihak saya adalah Kanjeng ibu Ratu Selatan. Saya kataka pertemuan agung karena di situ saya menggundang ratu ghaib tanah Jawa sebagai pihak saya untuk bertamu ke kerajaan ghaib Gunung Ledang dengan niat bertemu Dewi Mayang Sari/Putri Gunung Ledang,putri dari Madjapahit. Sedangkan 2011 itu saya bertemu dengan Dewi Mayang Sari/Putri Mayang Sari/Putri Gunung Ledang bersama Nini Kabayan pengasuh yang mengiringi kemanapun Putri Gunung Ledang pergi.

    BalasPadam
  30. Maaf. Peristiwa pertemuan agung kami tersebut terjadi 2016 dan dari pihak saya adalah Kanjeng ibu Ratu Selatan. Saya kataka pertemuan agung karena di situ saya menggundang ratu ghaib tanah Jawa sebagai pihak saya untuk bertamu ke kerajaan ghaib Gunung Ledang dengan niat bertemu Dewi Mayang Sari/Putri Gunung Ledang,putri dari Madjapahit. Sedangkan 2011 itu saya bertemu dengan Dewi Mayang Sari/Putri Mayang Sari/Putri Gunung Ledang bersama Nini Kabayan pengasuh yang mengiringi kemanapun Putri Gunung Ledang pergi.

    BalasPadam
  31. ASSALLAMUALAIKUM. Saya asal dari Jawa Timur dan sekarang ini tinggal di Melaka.Sudah bertahun dahulu saya memasang hajad hendak bertemu leluhur saya Putri Mayang Sari/Putri Gunung Ledang. ALHAMDULILLAHI. Pada bulan Jun 2011saya dengan_beberapa rakan naik ke Ledang. Namun ianya tidak mudah,banyak sekali pintu untuk sampai ke balairung istana dan setiap pintu di jaga oleh berbagai golongan jin bawahan dari kerajaan Putri Ledang.Ada bangsa jin kafir di situ juga.Antaranya Siluman kera dan rajanya. Raja Siluman kera ini asalnya orang jawa yang bawa untuk memuja kekayaan dan akhirnya siluman kera trsebut menetap di lereng Ledang. Singkat cerita saya bertemu dengan ghaib seorang nenek tua bertongkat baju kuNing{ nini kabayan ,tugasnya menjaga,mengawasi semua ghaib bawahan atas perintah Ratu Putri Ledang } dan nenek baju putih{Putri
    Mayang Sari atau Putri Ledang/Putri Mayang Sari akan berubah menjadi susuk putri cantik . Cantiknya mengalahkan kecantikan semua putri di seluruh Ledang},Dato.
    Laksmana Hang Tuah,
    Dato Panglima Hitam,,Dato Panglima Merah dan Dato Siti Aisyah{Zety Aktar}.
    Saya meminta ampun dan maaf kepada semua tokoh yang saya sebutkan tadi sekiranya saya menunjuk-nunjuk. Ianya saya rasa perlu di karenakan bangsa Melayu sendiri sudah melupakan leluhur mereka. Demikian kesaksian mengikut niat dan pengalaman saya ingin bertemu dengan leluhur saya Dewi/Putri Mayang Sari trah Madjapahit. Wassalamualaikum.

    BalasPadam