Selasa, 3 September 2013

Kisah Seram Dendam Hantu Laut

MISTERI DENDAM HANTU LAUT JUGRA

Didalam jajahan Jugra.Tidak jauh dari kaki Bukit Jugra tinggal sebuah keluarga terdiri dari 4 beranak.Pak Uda Malim dan isterinya Mak Uda Tanjung bersama anak anaknya Kemboja dan Kidam.Pak Uda Malim berusia 45 tahun dan isteri beliau berusia 40 tahun.Manakala Kemboja berusia 9 tahun dan adiknya berusia 7 tahun.Pak Uda dan isterinya berasal dari daerah yang sama dari Sumatera Indonisia.Keduanya berhijrah keTanah Melayu dari seberang apabila keseluruhan kaum keluarganya terbunuh didalam perang saudara yang terjadi disana.Pak Uda Malim mempunyai ilmu dunia dan akhirat yang agak sederhana.Beliau juga mempunyai kebolihan didalam dunia persilatan dan perubatan tradisional Melayu.


Dari segi ilmu keagamaan beliau juga tidak ketinggalan hebatnya.Sekiranya pak imam tiada beliau akan dipanggil untuk menggantikan tempat atau tugas imam tersebut.Boleh dikatakan dia adalah salah seorang penduduk kampong yang agak disegani juga dikampong kami.Pak Uda dan Mak Uda menyara hidup dengan menjual atap nipah,tudung saji,tikar mengkuang,bubu menangkap ikan dan ubi kayu.Masa masa tertentu dia sekeluarga akan kelaut mencari rezeki dengan menangkap udang,ikan dan ketam.Pada satu hari Pak Uda sekeluarga  menaiki sampan kelaut untuk mengisa (peralatan menangkap ikan,udang dan ketam) ditepi persisiran pantai.Sewaktu Pak Uda dan keluarganya sampai air laut telahpun surut.Pak Uda memandang kearah tebing pantai.


Dia menggeleng kepala dan menghembuskan nafas tanda keluhan yang panjang.Jarak antara dia sekeluarga dan tebing pantai amatlah jauh.Beliau sedar dahawa masa dipilih tidak bersesuaian.Mau tak mahu...dalam keadaan terpaksa dan tiada pilihan lain buatnya Pak Uda teruskan saja niat hatinya untuk  mengisa.Pendayung sampan digunakan sebagai pancang mengikat tali sampan.Pak Uda memacak pendayung sedalam mungkin.Beliau bimbang seandainya pendayung tercabut pasti sampan akan hanyut.Ikatan tali sampan juga diperkukuhkan.Apa bila telah berpuas hati dengan tindakannya Pak Uteh  meninggalkan kedua anaknya bidalam sampan.Pak Uda dan mak Uda terus mengisa.Sunguh tidak disangkanya kali pertama percubaan beliau dan isterinya menghasilkan hasil yang amat lumayan.


Mungkin tidak pernah didalam hidupnya mengisa dilaut mendapat hasil yang sedemikian rupa.Semakin dikisa semakin banyak penghasilannya.Tampa sedar Pak Uda dan Mak Uda juga telah meninggalkan sampan semakin lama semakin jauh.Disebabkan terlalu gairah dan gembira keduanya lupa pada kedua anaknya didalam sampan.Sedangkan air laut telah semakin pasang.Apabila keduanya tersedar sudah terlambat.Pak Uda dan Mak Uda tercari cari akan sampan dan anaknya.Sepanjang tebing  persisiran pantai Pak Uda dan Mak Uda berlari sambil menjerit memanggil kedua anak anaknya.Kini Pak Uda sedar yang anaknya telah hanyut bersama sampannya.Beliau menjerit meraung sekuat hati tanda kesal yang amat sangat.Akhirnya Pak Uda bersujud diatas pasir pantai lalu berdoa kepada Allah S.W.T  agar kedua anaknya dikembalikan.


Beliau juga membaca segala doa yang dia  ketahui dan membaca Yassin dalam sendu tangis.Tiba tiba Mak Uda terpandangkan sebuah perahu nun jauh ditengah lautan lalu memberitahu Pak Uda.Pak Uda melihat kearah sampan tersebut dan amat yakin itu adalah sampannya.Pak Uda terus berenang meninggalkan Mak Uda bersendirian ditepi pantai demi menyelamatkan anaknya.Didalam beliau berenang yang semakin jauh ketengah terasa dirinya tidak akan mampu mendapatkan sampan dan anaknya.Beliau segra berpatah balik kepantai.Sampai dipantai Pak Uda sudahpun keletihan dan kehilangan banyak tenaga.Mak Uda berlari mendapatkan Pak Uda.Keduanya menangis sepuas puasnya sambil berpelukan.Dalam waktu yang sama iblis menyusup datang dan membisikkan ketelinga Pak Uda


“Uda kau seorang yang berilmu tinggi dunia dan akhirat.Apalah gunanya ilmu kamu sekiranya kamu kehilangan nyawa kedua anak kesayangan kamu.Yang penting nyawa anak mu.Mintalah bantuan SiLembang.Setakat doa dan ilmu yang kau miliki tidak akan dapat menyelamatkan kedua anak anak mu.Pasti anak kamu akan diselamatkan oleh SiLembang bersama sampan kamu itu”.Pak Uda bagaikan tersedar dari mimpi.Tampa membuang masa dan berfikir panjang beliau terus bersila diatas pantai lalu menyeru secara batin akan SiLembang tersebut meminta bantuan mendapatkan semula sampan dan kedua anak anaknya.Mana kala Mak Uda terus menangis menatap nasib yang menimpa.Mak Uda tidak langsung memperdulikan Pak Uda yang dari tadi berhubungan dengan makhlok gaib bernama SiLembang secara ghaib atau batin.Hampir 10 minit Pak  Uteh berhubungan dengan  makhlok tersebut dan diakhiri dengan satu jeritan yang amat kuat dari Pak Uda.


Terasa  gegaran diseluruh pantai dipantul gema jeritan Pak Uda.”Cepat segrakan permintaan aku pada mu”.Tiba tiba awan berarak mendung dan angin ribut bertiup kencang.Sejurus  kemudian terdengar air lautan mula bergelombang.Keadan tersebut berlarutan hampir 10 minit.Apa bila keadaan tersebut terhenti,awan kembali cerah  ribut terhenti dan air laut kembali tenang.Setenang air ditelaga.Jeritan Mak Uda memecah ketenangan.”Pak Udanya,ada sampan disana”.Pak Uda segra melihat ketengah lautan.Memang benarlah kata Mak Uda.Kelihatan sebuah sampan ditengah lautan bagaikan berenjin sangkut meluncur laju menghala kepantai.Semakin lama semakin menghampiri pantai.Haluannya tepat menuju kearah Pak Uda.Beliau mula tersenyum kerana dia pasti sampan itu adalah sampan kepunyaannya.Namun dia agak cemas apa bila tidak kelihatan kedua anaknya.Kepantasan sampan bergerak bagaikan bot laju.Haluannya terjongkit membelah gelombang,dan haluan perjalannya lurus dan tidak bersimpang siur.


Dalam waktu singkat sampan Pak Uda  telahpun berada dihadapan Pak Uda.Didalam sampan tersebut kelihatan kedua anaknya berpelukan terbaring diatas lantai sampan ketakutan.Pak Uda mengambil kedua anaknya dengan sendu tangis.Mak Uda menerpa kedua anaknya sambil menangis tersedu sedu.Akhirnya ,dapatlah kesemuanya bertemu kembali.Namun....tercatatlah sejarah hitam  didalam hidup Pak Uda sekeluarga.Sewaktu meminta bantuan dari  SiLembang.yang merupakan hantu air yang dikerah iblis Pak Uda telah berjanji  akan menunaikan permintaan SiLembang.Setiap penghujung tahun Pak Uda diminta mengadakan upacara Pawang Laut.


Didalam upacara tersebut beliau dikehendaki menyediakan 21 biji telur ayam kampong rebus,Pulut kuning bersama ayam panggang dan mengurbankan atau menyembelih seakur kambing hitam tampa membaca sebarang ayat atau doa.Pak Uda tahu dirinya telah terperangkap dengan tipu daya iblis,syaitan dan jin.Beliau juga sedar sekiranya beliau menunaikan janjinya,bearti dia telah  bersekutu dengan iblis,syaitan dan jin serta sirik kepada Allah.S.W.T.Sekiranya tidak ditunaikan....pasti SiLembang akan mengamuk dan menuntut janji.Puas Pak Uda mencari jalan penyelesayan berbulan bulan lamanya.Beliau merahsiakan masalah tersebut dari pengetahuan sesiapapun.Untuk langkah pertama dan sebagai langkah berjaga jaga Pak Uda tidak berani lagi turun kelaut maupun ketepi sungai.


Malah dia melarang ahli keluarganya semua dari menghampiri  laut atau sungai.Pak Uda juga telah bersiap sedia dari segi keilmuan untuk menentang SiLembang.Engkau dilautan aku didaratan.Fikir hati Pak Uda.Malah beliau amat yakin dapat menentang SiLembang.Masa berlalu amat pantas sehingga Pak Uda tidak sedar masa untuknya menunaikan janji telah tiba.Disatu malam lepas makan malam bersama semua ahli keluarganya,Pak Uda menyandarkan dirinya kedinding rumahnya sambil menghisap rokok daun nipahnya.Disedut dan dihembusnya penuh kenikmatan.Tiba tiba  Pak Uda merasakan ada sesuatu yang kurang menyenangkan perasaannya.Lalu segra beliau merenong dalam makrifatnya.Ketahuilah olehnya bahawa SiLembang telahpun datang dan berada diluar rumahnya.SiLembang  tidak berupaya untuk memasuki rumah Pak Uda disebabkan pagar ghaib yang dibuat olah beliau.


SiLembang menjerit sekuat hati kerana marah yang meluap luap.Bergema jeritannya memecah kesunyian malam.Pak Uda mengumpulkan semua ahli keluarganya duduk ditengah rumah.Pak Uda menggunakan ilmu sedia ada untuk memantapkan lagi pagar diri dan rumahnya.Hampir 1jam SiLembang berusha untuk menembusi pagar ghaib Pak Uda namun gagal.Akhirnya ia kembali semula kelaut dengan membawa dendam kesumat yang meluap luap.Pak Uda sekeluarga terselamat.Perkara tersebut berlaku saban tahun sehingga berpuluh tahun lamanya.Akhirnya Pak Uda semakin lanjut usia,keupayaannya juga semakin menurun.Anak anaknya telahpun besar dan telah berumah tangga.Suatu hari isterinya Mak Uda jatuh sakit dan meninggal dunia.Pak Uda amat tertekan dengan pemergian isteri tersayang.Pak Uda tinggal bersama anak lelaki dan menantunya.


Disebabkan menantunya seorang yang amat bermasalah kehidupan Pak Uda menjadi haru biru dan amat tertekan.Pak Uda amat sedih dengan kehidupan yang dilaluinya.Rasa tertekan,marah,sedeh dan kekecawaan yang melampau.Iblis dapat melihat kelemahan ini lalu menggunakan kesempatan ini sebaik mungkin.Iblis mula menyusup dan berjaya mempengaruhi fikiran Pak Uda.Pak Uda terpedaya dengan segala tipu muslihat iblis lalu menurut bisikan iblis.”Kau pergilah keBatu Hampar untuk menenangkan Fikiran.Sudah terlalu lama kau tidak kesana”.Iblis juga membayangkan keindahan diBatu Hampar dan meniupkan angin nyaman dan tenang bagaikan berada diSurga.Pak Uda benar benar terpedaya.Tampa membuang masa Pak Uda bergegas  mengayuh basikal keBatu  Hampar.


Sewaktu didalam perjalanan beliau hendak keBatu Hampar beberapa penduduk kampong ada yang melihat dan menegurnya.Namun Pak Uda  bagaikan tidak melihat dan mendengar penduduk kampong yang menegur dan memandangnya.Penduduk kampong yang terlibat merasa hairan dengan tingkah laku Pak Uda.Beliau mengayuh basikal dengan tergopoh gapah dan tidak langsung menoleh kekiri atau kanan.Bagaikan tergesa gesa atau ada hal kecemasan.Sebenarnya...waktu ini didalam pendapat dan pandangan aku,Pak Uda telahpun dikuasai fikirannya 100% oleh pengaruh iblis diluar batas kesedarannya.Apabila Pak Uda sampai diBatu Hampar dia telahpun memasuki perangkap SiLembang.Pak Uda dibuai dengan tipu daya iblis dengan imbasan imbasan dan gambaran gambaran kesedihan dan kekecawaan hidupnya.


Pak Uda hanyut jauh kedalam perangkap iblis sehingga melupai diri dan tuhannya.Beliau mulai kufur pada segala nikmat diberi Allah S.W.T.Beliau terus menyesali akan suratan nasib hidupnya.Dengan pantas kesempatan ini digunakan oleh iblis untuk membawa Pak Uda ketebing sungai Batu Hampar dimana SiLembang telah sedia menanti mangsanya.Sampai saja Pak Uda ketebing sungai dengan pantas SiLembang menyambar kaki Pak Uda dan ditariknya kedalam sungai.Pak Uda baru tersedar yang dirinya telah ditawan SiLembang sihantu air.Namun beliau sudah tidak mampu melepaskan diri dan akhirnya mati lemas.Berakhirlah kehidupan Pak Uda ditangan SiLembang yang telah sekian lamanya menaruh dendam kesumat keatas dirinya.Wallahhuaklam.


Kesimpulan:
1.Jangan sesekali  menerima sebarang bantuan atau pertulungan dari Syaitan,iblis dan jin.
2.Mintalah bantuan atau pertulungan hanya kepada Allah S.W.T.
3.Syaitan,iblis dan jin akan senentiasa berusha menyesat dan mendatangkan musibah didalam kehidupan manusia.
 
 

1 ulasan:

  1. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam