Khamis, 12 September 2013

Badi Roh Dua Beranak

kisah seram Diganggu Roh Dua Beranak



SATU kampung gempar dengan cerita Zaman anak bongsu kepada Tok Siak yang diserang demam panas secara tiba-tiba. Sudah sebulan dia terlantar di atas katil kerana demam yang dialaminya tidak sembuh-sembuh. Biar pun berbungkus-bungkus pil dan ubat demam ditelannya namun serangan penyakitnya itu belum menunjukkan apa-apa perubahan.

Malah, sudah beribu-ribu ringgit wang dibelanjakan untuk membayar rawatan doktor namun sakitnya semakin teruk. Bahkan sudah hampir 15 orang bomoh kampung dipanggil untuk mencari penawar mengubati Zaman namun masing-masing mengeluh kerana tidak dapat mengesan punca penyakit yang dialaminya.

Orang kampung mula menyebarkan pelbagai cerita yang tidak elok termasuk ada yang memberitahu Zaman anak kepada Long Salleh dirasuk makhluk bunian. Malah, ada juga mengaitkan penyakit yang dialami Zaman berpunca dari melanggar pantang dalam ilmu persilatan yang dipelajarinya.

Namun, dalam banyak cerita itu yang paling menakutkan ialah Zaman dipercayai terserempak dengan jelmaan hantu dua beranak yang didakwa meninggal dunia kerana dibunuh selepas dirogol. Jelmaan ini dikatakan kembali merayau-rayau untuk membalas dendam selepas mati dibunuh dan dirogol bergilir-gilir oleh lima lelaki di kebun getah. Wanita ibu tunggal ini merupakan penduduk kampung tersebut tinggal bersama-sama seorang anak gadisnya berusia 15 tahun di sebuah rumah yang agak terpencil.

Kisah tragis pembunuhan dua beranak ini berlaku kira-kira 4 tahun lalu. Kejadian ini berlaku ketika mereka baru sahaja keluar untuk menoreh getah seperi biasa. dalam suasana yang masih gelap dua beranak ini dipercayai didatangi oleh lima lelaki yang dipercayai penagih dadah ketika baru hendak memulakan kerja.

Mereka diserang dan dirogol secara bergilir-gilir sebelum dibunuh. Lebih kejamnya kedua-dua beranak ini dibunuh dan mayat mereka dicampak ke anak sungai. Mayat mereka hanya dijumpai selepas tiga hari oleh orang kampung apabila operasi mencari dijalankan.

Sejak kematian dua beranak pelbagai cerita diperkatakan oleh orang kampung yang pernah terserempak dengan dua beranak ini di kebun getah. Malah, ada yang pernah melihat mereka duduk di pondok buruk ketika lepas maghrib. Ramai juga yang setiap malam mendengar suara tangisan wanita yang diiringi suara mengilai-ngilai setiap malam Jumaat. Namun, sejauh mana kebenaran cerita itu masih belum dapat pastikan sehinggalah Zaman anak bongsu Tok Siak dipercayai menumpangkan kedua-dua beranak ini.

Menurut cerita orang kampung, Zaman yang dipercayai dari Kuala Lumpur ingin pulang ke rumah bapanya di Ipoh telah terserempak dengan dua wanita yang menahan keretanya di sebuah pondok bas. Wanita yang agak separuh umur itu memberitahu Zaman bahawa dia mahu menghantar anaknya ke klinik kerana diserang cirit-birit. Zaman yang bersimpati dengan wanita itu telah menumpangkannya tambahan pula hari sudah larut malamdan hujan.

Mulanya, Zaman tidak rasa apa-apa kerana dia baru sahaja melintasi sebuah kawasan yang keadaan riuh rendah beberapa kilometer dari tempat dia menemui wanita itu. Mungkin ada kenduri tidak jauh dari sini? Zaman melihat orang ramai lalu-lalang walaupun hari sudah tengah malam semua. Mulanya dia rasa pelik kerana agak jarang orang kampungnya buat kenduri sampai lewat malam. Zaman malas nak fikir jadi dia meneruskan perjalanannya sehingga keretanya ditahan oleh dua wanita.

“Boleh adik tumpangkan kami ini sampai bandar sebab anak saya sakit perut,” pinta wanita yang agak berumur ini.

“Boleh, apa salahnya,” jawab Zaman. Lalu dua beranak tadi pun masuk kemudian duduk di bahagian belakang kereta. Sewaktu di dalam kereta anak perempuannya tidak bersuara pun tetapi hanya termenung manakala wanita yang separuh berusia itu tidak putus-putus mengucapkan terima kasih pada Zaman.

“Sudah sejam makcik duduk di situ tidak ada satu kereta pun pun sudi nak hantar kami dua beranak ini,” jelasnya.

Zaman hanya memerhati wajah anaknya melalui cermin pandang belakang. Zaman melihat wajah mereka agak cantik tapi kedua-duanya berwajah pucat dan lesu. Hampir 10 minit Zaman memandu tiba-tiba bulu romanya merinding naik.

“Adik, sampai depan itu pun dah cukup,” kata wanita itu

“Tidak apa biar saya hantar sampai ke sana,” jawab Zaman.

Namun wanita itu tetap berkeras menyuruh Zaman berhenti. Sebaik sahaja berhenti kedua-dua beranak itu turun dan Zaman melihat mereka sudah ghaib dan hilang diarah tanah perkuburan. Zaman mula rasa tidak sedap hati dan memecut laju keretanya untuk pulang ke rumah. Tiba sahaja di rumah dia mula rasa tidak sedap badan tetapi sempat bertanya pada bapanya Long Salleh tentang kejadian itu.

“Sahlah itu bukan manusia. Kawasan itu memang ada yang jumpa ada dua beranak yang mati dibunuh dan dirogol empat tahun lalu,” ujar Long Salleh sambil menafikan ada orang kampung membuat kenduri pada tengah malam. Cerita dari Long Salleh memeranjatkan Zaman tentang perisiwa ngeri pada malam itu? Semua yang berlaku itu hanya untuk mengaburinya sehingga dia melihat ada kenduri pada malam tu?

Dia baru sedar semua itu hanya mainan iblis dan syaitan. Nasib baik Zaman tidak mengalami perkara yang buruk. Dia bersyukur selepas hampir dua bulan penyakitnya kembali sembuh selepas Long Salleh dan orang beramai-ramai membaca Yassin dan ayat Suci Al-Quran selama 40 malam
 
 
Sumber

2 ulasan:

  1. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam
  2. Agen Poker Uang Asli Pasti Menang Terus. Postingan dan Blogger yang bagus untuk kita para pemula yang belum mengerti. Dan dari postingan anda, saya banyak belajar. Semoga postingan berikutnya bisa memberikan informasi yang lebih. Terima Kasih :)

    BalasPadam