Jumaat, 4 Januari 2013

Ngeri! Apabila Mayat Terbang Di Temerloh

Sebuah kemalangan ngeri telah berlaku di kawasan Temerloh. Namun apa yang mengerikan adalah salah seorang daripada mangsa telah tercampak keluar dari kereta sehingga 10 meter.


By Shah

 
Melayukini.net – Ngeri! Apabila Mayat Terbang Di Temerloh | Hampir setiap hari, ada sahaja kes kemalangan berlaku. Terbaru berlaku sebuah kemalangan ngeri di Kilometer 104.6, Lebuhraya Pantai-Timur, Lanchang. Namun apa yang mengerikan adalah salah seorang daripada mangsa telah tercampak keluar sejauh 10 meter dan mati di tempat kejadian. Boleh lihat gambar di bawah ini.
 
Dalam kejadian kira-kira jam 5.58 pagi itu, mayat Low Yee Yam, 34, dari Lorong Dato Yusof Shahbudin, Taman Mewah Jaya, Klang, Selangor ditemui maut dalam semak oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lanchang.
Dua lagi rakannya, pemandu, Gan Kai Lun dari Kampung Baru Kerdau, dekat sini, bersama penumpang depan Tan Teh Kang dari Pekan Kerdau, dekat sini, masing-masing berusia 26 tahun turut terbunuh di tempat kejadian.
Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan Zundin Mahmood, berkata sebelum kejadian, tiga sahabat terbabit menaiki sebuah Proton Wira dalam perjalanan menghala ke Kuala Lumpur dari Temerloh sebelum terbabas melanggar penghadang besi.
Menurutnya, akibat rempuhan berkenaan, kenderaan dinaiki mangsa dipercayai berpusing beberapa kali sebelum melintang di tengah jalan.
Melayukini.net - Kita sememangnya boleh memandu terlalu laju akan tetapi ia juga bergantung kepada jenis kenderaan apa yang kita gunakan. Memandu kereta dengan laju tanpa melihat spesifikasi sesebuah kereta, ia bakal mengundang kecelakaan seperti terbabas hilang kawalan, terbalik dan sebagainya.

 
Sumber: Harian Metro | Layari Berita Tempatan Informasi Malaysia Kini/http://melayukini.net/2012/10/ngeri-apabila-mayat-terbang-di-temerloh/

1 ulasan: